24.5.09

sehijau shrek...

aku rimas bila fikir pasal pendapat orang..ye la..baru first time jumpe da buat macam-macam judgement..tipu la kalau aku cakap yang aku tak penah buat macam tu..eh..eh kau pun sama ok..tok sah la nak cakap tak..memang la hipokrit..tapi' selalunya aku jarang-jarang bersikap macam ni..kecuali kalau orang tu tak sembunyi langsung perangai dia depan aku..nasib la..siape suruh kau tunjuk bagus/gedik/bangang depan aku..

sebagai seorang peniaga aka sales girl kat kedai sendiri..aku memang jumpe macam-macam orang..ade yang hensem/cun melecun/hodoh tapi gatal nak mampus(hak tuih)/kaya tapi tak gedik/miskin tapi belagak banyak duit' tanya banyak-banyak tapi last tak beli jugak baju/tourist tak pandai bahasa inggeris dan kadang-kadang terover friendy yang datang keluar masuk kedai aku..aku rasa semua akan anggap aku friendly sebab aku akan cuba bagi senyuman yang paling manis kat dorang walaupun ada masa tu aku rasa tak tahan nak pergi toilet sebab nak berak..kebanyakan..aku repeat ok..kebanyakan dari mereka happy berurusan dengan aku sebab aku tak pernah nak perli-perli kalau orang tak beli baju aku pun(marah budak kedai aku kalau tau aku cakap macam ni)..

tapi kan...bila bercakap tentang diri aku diluar skop perkerjaan..aku jadi lain?..jangan harap aku nak senyum tak tentu pasal..aku mampu mengkerutkan muka aku sepanjang hari tanpa rasa penat pun..terus terang aku cakap yang aku jarang diusha bila ada dekat public..ok..ok..aku tau kau cakap sebab aku tak lawa kan..tak pe la..janji aku tak raba bontot berkerak kau hahahaha makan pizza lagi baik..

kawan aku cakap aku plastik..aku pun cakap la..betul! dan aku bukan manusia pun(aku selalu berangan yang mak aku cakap aku ni sebenarnya makhluk asing pastu tunjuk kapsul color chrome tempat dia jumpa aku yang dia tanam belakang umah kat aku)jangan cuba-cuba cakap aku binatang..aku terajang kau macam aku terjang katak yang suka duduk dalam kasut aku nanti..garangkan? =) plastik ea? ala..kan senang cakap aku ni hipokrit..pandai berpura-pura..aku terima sebab aku mengaku semua tu..tapi' semua perkara yang kita lakukan mesti la besebabkan? so..jangan la cakap aku cuba bagi alasan atau nak tegakkan benang yang basah..cuba kau fikir..meniaga ni macam kita mintak sedekah..beza dia cuma aku bagi barang lepas dapat duit orang..pemintak sedekah tak bagi pape pun..so kita kena la treat orang yang bagi duit tu sebaik mungkin kan? senyuman aku memang manis dan plastik habis...walaupun aku tau ade orang rasa nak teranjang je aku bila tengok aku senyum..tapi aku senyum jugak..semuanya demi menjaga hati customer...

kadang-kadang aku terpikir jugak pasal perangai plastik aku ni...mesti bekas-bekas customer anggap aku terukkan..sebab da ramai sangat aku jeling dan pandang serong bila jumpa kat luar..jangan la marah bekas-bekas customerku..aku memang dianugerahkan tuhan dengan 2 watak berbeza..terima la aku seadanya..mahu melihat senyuman plastik ku..sila la laburkan wang kamu di kedai ku..=) (gile plastik aku ni)

kerut muka lagi..kerut...ala bukan aku mintak duit kau pun kalau aku lapar bila kerut muka..kamon la..kau tak kan pernah tau aku ni apa..aku sebenarnya ade 3 watak..bukan 2..eh jap..aku ade 8ratus watak..banyak sikit! hahahahahaha..konon-konon nak jadi weirdo la ni...bukan typical girl..taik la! macam cilake je..hurmm geram-geram..babi la..sebenarnya aku ni biasa-biasa je tau tak!!..kenapa kau tak paham..tak de makna nye kau nak terasa hati dengan aku..aku mintak maaf la banyak-banyak..aku sama macam kau..aku makan nasi jugak..aku pun dengar lagu jiwang..aku pun main guitar hero jugak..aku pun ada kucing parsi (ayah aku punya sbenarnye)..dan kadang-kadang aku terpesona tengok lelaki hensem macam perempuan yang lain..nak jugak jerit-jerit..gedik-gedik tapi tak de geng..perghh sedihnye hidup sebab tak de ramai kawan =( pathetic sial hidup aku..

sebenarnya aku bukan pe..aku geram bila orang sibuk-sibuk nak huraikan sikap aku lately ni..kamon la weyh..kadang-kadang kita kena berpura-pura demi menjaga kesejahteraan awam..aku senyum ikhlas ni..terima la..terima la...
:)

No comments:

Post a Comment