24.2.09

cuti3

hampir 2 jam di interview oleh kwn bernama aza.."bekas" kawan baik semasa diploma dulu..lama tak jumpa dia..bila boyfriend dia tanya pada kami
"korang brape lama tak jumpa?"
aza jawab "da lllaaammmaaa da..."
aku jawab "last year bulan 4 aritu"
aza pun ketawa....aku diam je..tapi senyum la..

lepas sesi interview..aza sempat beli sehelai baju..aku cakap terima kaseh then amik rm25 dia..pastu kami ke luar kedai..borak2 sikit sambil 4 orang kawan aza yang datang dengan dia menghisap rokok..aza datang berlima 3 perempuan' 2 lelaki..salah seorang lelaki tu aku kenal..dia boyfriend aza..sebelum diaorang mintak diri..boyfriend aza ajak aku lepak sekali dengan diaorang..tapi aku buat2 tak dengar dia cakap sebab aku nak aza yang ajak aku..maklumla.."lama" da tak jumpa "bekas" kawan baik aku ni..lagi sekali boyfriend aza ajak aku lepak sama2..then aku pun jawab la..

"5 orang da dalam kereta tu..muat ke?
aza dengan laju jawab "a'a..tak muat la" (sambil pandang marah kat muka boyfriend dia)

maaf aza' walau kita lama tak jumpa..aku mana boleh nak lupa muka marah ko tu..kitakan pernah jadi "kawan baik"..aku sebenarnye memang da plan tak mahu lepak dengan aza dari 1st time dia call hari tu..aku da boleh agak dia tak kan mahu lepak dengan aku..sekarang aku tak de class macam dia..dia da banyak berubah..tak macam aza yang sama2 pakai seluar koyak masa diploma dulu..sama2 hisap rokok dekat balkoni studio..aku ingat lagi masa aku tengok aza membuat sedutan asap dia yang pertama dekat bangku kaki lima kat taman klcc..turun kl semata2 nk tengok wayang..pastu balik hostel balik..bila penat buat assigmnt kami sama2 duduk beragan dan janji nak pergi konsert radiohead bila da kaya lepas kerja nanti..sama2 ada tabiat suke makan berat2 time 3-4pagi..lepas tu kami suke bercerita pasal dunia kami yang konon nye rare dan x sama dengan budak2 lain..pastu macam nak gile download lagu kat lab time lecturer mengajar kat depan' copy masuk dlm pendrive then bukak macam nak pecah speaker kat bilik..kitaorg penah sama2 rosakkn kemudahan dekat hostel semata2 sebab tak suka ahli jawatan kuasa kat hostel tu yg suke pakai eyeliner tebal2 pastu dengar lagu mcr dan berambut "kenteng" bila tak puas hati' abis semua dinding kami conteng..hiasan2 semua kami koyakkan..cermin dipecahkan..sign board saje ditebalik kn..menjerit2 time 3-4 pagi sebab kami memang tido lepas pukul 7pg..time bulan puasa saje je ponteng sebab terliur tengok lilipop yang sebesar penumbuk yang kami beli kat 7E..semua kawan pelik tgk kami boleh baik sebab dari luaran' aku dengan aza memang nampak bukan kawan..sebab aza dari keluarga berada yang berdarah kacukan..anak orang kaya..duit bukan masalah pada dia..da la cantek..pandai pulak tu..aku pulak orang biasa yang hanya ada ibu dan ayah yang amat aku banggakan :)

terlalu banyak nak diceritakan tentang kami...
banyak dan berjela-jela kalau nak ditaip...
hampir 3 tahun kami berkawan baik..
dr rambut panjang..sampai ke pendek...siap panjang balik...
dan kami masih berkawan baik...

tapi hari ni..datang jauh-jauh..
tak cakap pun rindu kat aku..
tak ajak pun lepak sekali..
tak tanya pun bila nak datang kl..
tak bercerita apa pun yang sepatutnye kawan baik selalu ceritakan..
dan dia tak terpikir pun nak ajak aku makan nasi ayam nadia yang sama-sama kami melantak time lapar dulu....

..........kawan o kawan.............

betul cakap malique too phat..DULU-DULU DA HABIS
habis!...langsung da tak ade..bukan nak kata sisa..bekas pun da tak ada da..
accept what in front of you now!..
friends? what do we need for if you can survive by your own...
entah la..
yang aku tahu..aku rindu waktu dulu..
tapi tak kan mahu nak ulang saat tu lagi..

kawan o kawan....sigh'

No comments:

Post a Comment