13.11.08

seni wak lu!

orang kata oarang pakai baju kurung tu seksi..aku setuju kot..tapi bukan semua orang la seksi bila pakai baju kurung..orang cakap lelaki nampak seksi bila dia pakai seluar menampak kan boxer..aku rasa tak seksi..tu geli namanye..

tadi masa aku tengah main-main water color..(eh color water atau water color eyh?..)aku tengok la tangan aku..tetiba aku rasa seksi..hurmm..aku berpendapat yang seseorang bertepek dengan cat yang berwarna adalah seksi..seksi disini bukan la bermaksud seks..aku maksud kan seseorang tu nampak menarik bila ada tompok-tompok cat pada dia..

aku mula berpendapat seperti ini sejak aku tingkatan 4 lagi..masa tu aku tengah buat drawing dekat dalam kelas lukisan..cikgu pendidikan seni aku buka tv..tetiba video clip incubus(drive) keluar kat tv..aku tengok dalam video tu bradon boyd tengah lukis-lukis atas kertas..lukisan tu pulak menunjukkan yang dia sedang lukiskan apa yang dia sedang buat(melukis diri sendiri yang sedang melukis)..aku terpandang tatto kat lengan dia..kawan sekelas aku pulak berlagak macam orang filem mengutuk video clip tu..diaorang cakap barandon boyd bodoh sebab tak pakai baju..pastu diaorang cakap tatto brandon tu kotor..macam kene cat sebab tatto kat lengan dia color merah..aku diam kan je...pastu aku salin nama lagu dengan nama penyanyi video klip tu kat belakang kertas lukisan aku..pastu aku terus sambung melukis sebab rakan sekelas aku tukar channel lain..babi punya budak kelas!!

balik tu..aku pun singgah cc yang dekat dengan sekolah aku (rumah aku tak de internet time tu)then type in nama penyanyi dengan tajuk lagu...aku layan video tu banyak kali..aku layan internet sejam mencari infomation pasal kumpulan incubus petang tu..sejak dari tu hidup aku pun berubah....

perubahan yang aku maksudkan ialah..minat aku tak lagi sama macam kawan-kawan sekolah aku yang lain...aku mula sukakan sesuatu yang diaorang tak suka..semua yang aku suka..semua diarang tak suka..aku dengar diaorang kutuk..cakap yang aku pelik..(baru-baru ni..selepas 6 tahun tinggal kan sekolah menenganh..aku baru dapat tahu yang kawan sekolah aku' cop aku sebagai orang bermasalah..wtf!)aku ni diketegorikan sebagai orang seni kat sekolah...(seni kerap disama ertikan sebagai nerd disekolah aku)babi..aku tak suka gelaran tu sebab aku bukan la nerd..sebab aku memiliki sejumlah kawan yang menyeronokkan tapi buta seni..

minat aku pada brandon boyd tak pernah berubah..sejak mengenali brandon boyd..aku banyak berubah..aku mula discover bakat seni yang ade dalam diri aku..cikgu-cikgu seni semua anggap aku macam anak emas diaorang..padahal aku tak berminat pun nak dijadikan anak emas...aku ni anak mak ayah aku..aku kerap dihantar masuk ke pertandingan lukisan..macam orang-orang penting je aku rasa kadang-kadang..kebanyakan pertandingan tu aku join sebab cikgu paksa..hadiah yang aku bawa balik bukan la lumayan(sekadar saguhati)..aku cuma nak sijil je..(konon penting bila masuk universiti nanti)mekaseh kat brandon boyd sebab kau aku discover yang aku ada bakat dalam seni..

kesimpulannya aku bukan minat brandon boyd sebab dia hensem or seksi bila pakai seluar hampir terlucut(tak pakai boxer) dalam video drive tu..tapi aku minat sebab bakat dia...dia boleh menulis lagu dengan baik..bermain alat musik dengan baik..mempunyai suara yang lunak(even dia bila cakap macam pondan)dia jugak amat berbakat dalam bidang seni..aku betul-betul teruja tengok tatto kat lengan dia tu...menarik yang amat sangat!!..lagi-lagi pulak tengok dia sendiri sketch gambar dia dalam video drive tu..terbaik man!! tak de video lain yang mampu lawan video si lahanat ni...
aku rasa pengaruh brandon boyd ni telah menukar cara aku menilai seksi pada lelaki..rambut adalah aset terpenting bila aku nak menilai daya tarikan seseorang tu..kalu rambut dia macam bradon boyd atau pun kerinting macam fabrizio moretti...dia da cun kat mata aku...lain-lain belakang kira...hahha..senang je penilaian aku kan..kan...wat pe nak cerewet sangat beb...gua bukan perfect sangat pun..citt...pooodaaahh..

p/s=brandon boyd ialah vokalist kumpulan incubus

No comments:

Post a Comment